Di sebalik karakter romeo yang sering dibawanya, Ikmal Amry membuktikan dia merupakan seorang lelaki yang sangat kompetitif.
Menjuarai MASKULIN WHO’s Your Bro bersama Hakimi Noordin membuka satu lembaran baharu dalam dunia sukan lasak. Apatah lagi apabila dia mula tampil serius dan bakal bergelar atlet Hyrox tidak lama lagi.