Inilah detik yang paling dinantikan! Episod Akhir Maskulin Who’s Your Bro, bakal menemui anda malam ini. Tiga duo terhebat telah berjaya mara hingga ke pentas terakhir – Saddam & Dr. Shazif, Ikmal Amry & Hakimi, serta Syafiq & Theebaan G. Masing-masing telah menunjukkan semangat juang, kekuatan fizikal, mental, dan strategi yang luar biasa sepanjang musim ini.
Namun, hanya satu duo yang akan dinobatkan sebagai Juara Utama Maskulin Who’s Your Bro! Siapakah yang bakal mengungguli cabaran akhir ini dan membawa pulang RM 30,000?