Christy Ng, usahawan beg dan kasut yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Mengungguli pasaran fesyen dengan kreativiti serta pelan bisnesnya yang unik, sekaligus menjadikan Christy Ng sebuah jenama hebat yang menjadi fenomena.
Apatah lagi, baru-baru ini usahawan dan majikan berbangsa Cina ini sanggup berhabis menyediakan surau untuk kakitangannya yang kebanyakan beragama Islam.