Tujuh lelaki dan seorang wanita dikenali sebagai ‘Bella’ yang tular di media sosial mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Jumaat atas pertuduhan memukul, mengurung dan mengugut bunuh seorang pemuda, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.
Tertuduh, Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 25; Ahmad Rushdi Jumadi, 23; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 19; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 23; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 20; Syamsul Hamiziey Saiful Razali, 19 dan Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Atifah Hazimah Wahab.