HULU TERENGGANU – Seorang pemandu traktor nekad meredah arus deras setinggi hampir dua meter demi menyelamatkan seorang wanita warga emas bersama anak dan cucunya yang nyaris dihanyutkan kepala air.
Mohd Zaki Sulong, 50, atau lebih dikenali dengan gelaran Zuki Traktor berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang dekat Felcra Kampung Bukit Kapah di sini pada Jumaat lalu.