JOHOR BAHRU – Selepas ditutup selama tiga tahun akibat Covid-19 dan kerja naik taraf, Zoo Johor kembali bernafas dengan menerima kedatangan pengunjung.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Shukor berkata, pembukaan semula Zoo Johor pada Sabtu telah merekodkan kedatangan hampir 20,000 pengunjung.