PEMAIN muda negara, Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi, hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah muncul beregu wanita Malaysia pertama bergelar juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia apabila mara ke final pada edisi 2024 di Nanchang, China hari ini.
Lebih manis apabila pasangan bukan pilihan itu melakukan kebangkitan mengagumkan untuk mengesahkan tempat ke final dengan menumbangkan pasangan tuan rumah yang juga pilihan utama, Chen Fan Shu Tian-Liu Jia Yue, 16-21, 21-16, 21-17 dalam aksi separuh akhir yang mendebarkan selama 71 minit di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang.