Setelah hampir 30 tahun berada dalam industri seni, niat untuk menyanyikan lagu bergenre ketuhanan akhirnya tercapai buat vokalis kumpulan Umbrella, Zarul.
Tampil dengan single Syuhud Qalbu nyanyian bersama ahli kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 49, berkata dia tidak menunggu lama untuk menyatakan persetujuan untuk kolaborasi tersebut.