Pelakon, Zarina Anjoulie mendedahkan penyanyi rap, Saixse telah datang kepadanya untuk meminta bantuan kewangan bagi menjayakan sebuah muzik video.
Pada awalnya, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju, tidak bersetuju untuk memberikan wang sebanyak RM45,000 untuk pembikinan muzik video tersebut kerana menganggap jumlah yang ditetapkan itu tidak masuk akal.