PASIR MAS – Pengusaha salun dan kedai makan yang dikenali sebagai ‘Yuyu’ bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis pil kuda di tiga lokasi berasingan dekat sini pada 27 Jun lalu.
Semasa perbicaraan tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh iaitu Mohd Faizal Ismail, 35, isterinya, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, yang merupakan pemilik salun dan kedai makan, Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd Khairu Azani Mohd Lawi, 39, bersama Mohamad Asmawi Janudin, 25, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.