KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, dalam kenderaan dinaikinya minggu lalu.
Muhammed Yusoff, 31, yang memakai baju T berwarna hitam dalam keadaan bergari, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret S Arunjothy.