KUALA LUMPUR – Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther akan membuat permohonan agar mahkamah membenarkannya dijamin selepas didakwa mengedar dadah jenis kanabis.
Perkara itu dinyatakan peguamnya, Rafique Rashid dalam satu sidang media di bangunan Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis.