JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran mengumumkan hasrat untuk terus kekal menerajui Cabang Keadilan Tebrau bagi penggal 2025-2028.
Yuneswaran yang pernah menerajui cabang itu sebelum ini berkata, keputusan kembali bertanding dibuat demi meneruskan legasi reformasi di kawasan Tebrau yang pernah menjadi tapak awal perjuangannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).