< Kembali

YouTube Premium Kelak Boleh Dilanggan Dengan Harga Diskaun Bersama Google One

Teknologi
AMANZ
167 Hari

Pagi tadi, YouTube telah mengumumkan beberapa ciri menarik khusus untuk pelanggan Premium mereka. Antaranya adalah ciri Jum Ahead untuk melangkau iklan dari dalam video atau melangkau terus ke bahagian menarik. Selain itu, ciri penstriman audio lebih tinggi pada kadar 256kbps turut dapat dinikmati. YouTube turut akan menawarkan diskaun langganan jika melanggan perkhidmatan Google yang lain.

Jika pengguna melanggan mana-mana pelan premium Google One, harga langganan YouTube untuk individu boleh melayakkan diskaun 14%. Ini bermakna, jika di Malaysia pelan individu adalah RM20.90 dan anda ada melanggan pelan Google One Premium 2TB RM42.90 – langganan YouTube akan menjadi hanya RM17.97.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI