TULISAN Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, mengenai buku Becoming Hannah karya Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh adalah contoh nyata bagaimana seorang pemimpin gagal memahami inti perdebatan yang sebenar, sekaligus mencerminkan kealpaan beliau dalam menilai isu-isu yang berkaitan dengan dasar negara dan sensitiviti masyarakat beragama di Malaysia.
YB Sim menyatakan bahawa kritikan terhadap Becoming Hannah adalah berpunca daripada “bigot” yang mendakwa bahawa buku tersebut digunakan untuk memurtadkan orang Islam.