GOMBAK – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) memperuntukkan RM1.2 juta kepada 7,700 pelajar yang memerlukan di 20 lokasi seluruh negara menerusi Program Ramadan Madani YAPEIM.
Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarahnya, Ameer Ali Vali Mohamed berkata, program tersebut bertujuan menyantuni pelajar di bulan Ramadan dan membantu mereka melakukan persiapan menyambut Aidilfitri menerusi sumbangan tunai.