Pada hari ini, kita sedia mengenali jenama Galaxy AI untuk penawaran kecerdasan buatan oleh Samsung, dan Apple Intelligence oleh Apple. Kini, Xiaomi pula mula mengacah penggunaan jenama Advanced AI untuk penawaran kecerdasan buatan melalui peranti Xiaomi 14T akan datang.
Untuk makluman, sebelum ini sendiri Xiaomi pernah menggunakan jenama Advanced AI untuk beberapa ciri pintar pada telefon pintar mereka. Melalui video acah baharu, Xiaomi dilihat akan bekerjasama dengan pihak Google untuk penawaran Advanced AI ini.