Lu Weibing, presiden Xiaomi kini berkongsi mengatakan mereka akan memperkenalkan siri telefon pintar baharu menyaingi iPhone 17 secara rasminya pada bulan ini, iaitu siri Xiaomi 17. Sebanyak tiga variasi model akan ditawarkan, iaitu Xiaomi 17, Xiaomi 17 Pro dan juga Xiaomi 17 Pro Max.
Info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Dengan pengumuman hari ini, ia dijangka akan menjalankan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang baharu, sekaligus menawarkan prestasi yang tinggi melaluinya.