Aplikasi X atau dulunya dikenali sebagai Twitter sedia mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan mereka dinamakan Grok sebelum ini. Ia pada awalnya terhad kepada pengguna berbayar, sebelum diperluaskan kepada semua pengguna platform tersebut.
Hari ini, satu lagi perubahan dilakukan oleh X pada aplikasi, dimana logo Grok diubah, dan kini dipaparkan nama “Grok”, dibawah logo xAI – firma memfokuskan kecerdasan buatan milik Elon Musk.