Pada bulan Mac lalu kami melaporkan WhatsApp sedang membangunkan ciri ‘mention’ pada status yang membolehkan pengguna menyertakan kenalan lain dalam kemas kini status. WhatsApp kini mengumumkan pihak mereka sedang mengemaskini persediaan ciri berkenaan sebelum ia akhirnya benar-benar dilancarkan.
Melalui ciri ini, pengguna akan dibolehkan untuk menyertakan kenalan lain dalam kemas kini status dengan ‘mention’. Kemudian kenalan berkenaan akan menerima notifikasi tentang perkara tersebut dan diberikan pilihan untuk berkongsi semula status berkenaan dengan kenalan lain.