Sejak mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri pada 12 November lepas, makin melonjak naik populariti adik pendakwah terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi ini. Mana tidaknya, pemilik nama Ria Yunita atau lebih popular dengan panggilan Ria Ricis ini menjadi Youtuber nombor satu di Indonesia mengalahkan Atta Halilintar.
Setakat ini, Ria Ricis mempunyai 29.8 juta subscribers di Youtube miliknya. Sementara Atta Halilintar yang merupakan suami kepada Aurelie Hermansyah dan menantu Krisdayanti pula mengikut rapat di belakang dengan 29.6 juta subscribers.