MAKKAH – Individu yang menerima tawaran untuk menunaikan haji menggunakan visa mujamalah diingatkan supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan promosi pihak tidak bertanggungjawab terutama yang giat beriklan di media sosial.
Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH), Anuar Ahmad berkata, visa mujamalah ialah visa khas yang dikurniakan Kerajaan Arab Saudi kepada individu atau agensi tertentu secara persendirian.