KUALA TERENGGANU – Seramai 22 warga tempatan didenda RM152,500 selepas didapati bersalah melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).
Pengarah Imigresen negeri, Mohd Yusri Mohd Nor berkata, kesemua warga tempatan yang juga majikan itu didapati bersalah dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 55E, Akta Imigresen 1959/63.