KUALA LUMPUR – Empat Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed yang berdepan lima kes mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.
Majistret, Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim mengeluarkan perintah itu selepas Norjuma, 44, gagal hadir ke prosiding yang bermula jam 9 pagi.