Pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad mengakui tidak segan untuk mencabar diri sendiri bersama barisan peserta lain dalam program realiti baharu, Raise The Star Malaysia.
Menurut Wanns, dia mahu mencabar zon selesanya sebagai seorang penyanyi selain mengakui ini adalah satu impian yang belum pernah direalisasikan sebelum ini.