GERIK – Wanita UMNO Perak akan menghantar ahlinya untuk bersama-sama berhimpun menyatakan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Januari nanti.
Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, dianggarkan tidak kurang 500 orang ahli Wanita UMNO negeri akan menyertai himpunan tersebut.