PUCHONG – Pengalaman merasai gegaran susulan gempa bumi di Myanmar ketika sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di bawah runtuhan bangunan merupakan antara pengalaman dan cabaran berharga yang tidak akan dilupakan anggota Pasukan Khas Mencari dan Menyelamat Malaysia (SMART), Avlyanie Moidi, 29.
Avlyanie juga merupakan satu-satunya wanita dalam kalangan 50 anggota dan pegawai yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) selama enam hari di negara ditimpa bencana besar itu.