SHAH ALAM – Wanita MCA melancarkan petisyen keseteraan gender iaitu kesedaran tentang diskriminasi dan ketidakadilan terhadap wanita sempena ulang tahun ke-30 Malaysia menandatangani Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).
Pengerusi Wanita MCA, Datuk Wong You Fong berkata, pihaknya turut mengemukakan 10 tuntutan dari segi pembaharuan dasar dan perundangan kepada kerajaan agar wanita di negara ini mendapat hak sewajarnya.
