SUNGAI PETANI – Seorang wanita maut dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika sedang menikmati sarapan di sebuah kedai kopi di simpang tiga Jalan Taman Bersatu di sini kira-kira jam 9 pagi Isnin.
Mangsa yang berusia 55 tahun dikatakan sedang makan sebelum secara tiba-tiba dirempuh sebuah MPV jenis Perodua Alza yang hilang kawalan menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.