Bagi pasangan suami isteri bekerja apatah lagi jika punya beberapa orang anak yang masih kecil pastinya tak cukup kaki tangan untuk melakukan kerja rumah. Adanya peralatan elektrik atau gajet yang boleh membantu memudah atau melangsaikan kerja memang melegakan. Meski sedikit mahal tapi mampu memberi masa untuk kita berehat.
Perkara inilah yang dirasakan oleh Amni Azmi. Dalam satu perkongsian yang tular beliau menyenaraikan lima peralatan di rumah yang sangat membantu dan memudahkan ibarat ‘membeli masa’ dengan wang.