Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanamdi Timur Tengah kira-kira 9000 tahun yang lalu. Berkemungkinan ia juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.
Bijirin barli ni kelihatan macam biasa tetapi disebaliknya terkandung 1001 khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan. Selain direbus dan dinikmati sebagai minuman, barli juga boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Ia kaya dengan fiber, vitamin, berprotein tinggi dan mempunyai beberapa mineral penting yang lain yang sangat bagus dalam memberikan manfaat kepada tubuh badan.