IPOH – Seorang wanita ditemukan lemas di Taman Tasik YDP Slim River dekat Tanjong Malim, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 54 tahun itu dilaporkan hilang, sebelum ditemukan lemas di tasik tersebut.