KULAI – Seorang wanita ditemui maut di dalam sebuah kereta di Jalan Scientex, Senai, dekat sini, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, pihaknya menerima makluman mengenai penemuan mayat wanita berkenaan pada jam 6.20 pagi.