PUTRAJAYA – Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga anak jirannya, dua tahun lepas.
Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap wanita berusia 36 tahun tersebut, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.