Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dan menyebarkan gambar lucah serta membuat ugutan jenayah terhadap madunya yang juga seorang guru, Mac lalu.
Tertuduh, Herni Sofini Omar, 53, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.