< Kembali

Wanita dari Sabah pengunjung ke setengah juta Jambatan Angkat, menang jongkong emas

Sinar Harian
192 Hari

KUALA NERUS – Seorang wanita dari Tawau, Sabah tidak menyangka kunjungan pertama kalinya ke Terengganu membawa tuah, apabila dia diumumkan sebagai pengunjung ke setengah juta (500,000) Jambatan Angkat, sekali gus memenangi hadiah utama sebuah jongkong emas bernilai RM15,000.

Lebih bermakna, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan hadiah jongkong emas itu kepada Suriani Sulleh, 30, pada Majlis Santapan Minum Petang di jambatan ikonik tersebut, di sini pada Jumaat.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI
Artikel Berkaitan