KAJANG – Tindakan seorang wanita mencuri telefon bimbit di kaunter sebuah premis perniagaan di Batu 9, Cheras di sini pada Jumaat mengundang padah apabila aksinya itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.48 malam.