< Kembali

Wanita Berhadapan 743 Tuduhan Mengubah Akaun Pelanggan Astro Bagi Memberikan Akses Percuma

Teknologi
AMANZ
10 Hari

Seorang bekas pegawai sokongan komersial di bahagian perniagaan Astro dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan mengubah akaun 743 pelanggan syarikat bagi memberikan mereka akses perkhidmatan secara percuma. Nora Idayu Jaafar (48) didakwa mengubah sistem data pelanggan syarikat penyiaran tanpa kebenaran mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000, penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali. Pangkalan data pelanggan Astro diubah oleh beliau antara tahun 2013 hingga 2020.

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI