KUALA LUMPUR – Bekas Pengurus Jualan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa wang berjumlah RM222,811.95 telah masuk ke akaun bank peribadi Datuk Seri Azlan Man selepas bekas Menteri Besar Perlis itu membatalkan tempahan percutian keluarga ke London, United Kingdom pada 2016.
Abdul Rahim Halim, 47, berkata, pakej percutian yang bermula 23 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017 berjumlah RM253,195.40 dibayar oleh kerajaan negeri Perlis kepada syarikat agensi pelancongan itu sebelum ia dibatalkan Azlan.