KUANTAN – Seorang pekerja kilang berputih mata selepas mengalami kerugian RM100,000 akibat diperdaya individu yang menyamar daripada Kementerian Komunikasi dan pegawai polis.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 59 tahun itu mendakwa wang berkenaan adalah daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pampasan insurans peninggalan arwah isterinya.