TAPAH – Bekas Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin masih membisu berhubung tindakannya menyertai Pas pada Sabtu.
Setakat jam 2 petang, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampong Gajah selama dua penggal itu hanya mengambil sikap berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.