KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri pada Rabu.
Wan Junaidi berkata, beliau dan isteri amat berdukacita atas nasib mangsa-mangsa tanah runtuh berkenaan.