PEMAIN sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim yang masih dalam proses pemulihan tidak menyangka akan mengisi bangku simpanan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024/ 2025 menentang Terengganu FC di Petaling Jaya, malam Sabtu.
Pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, skuad Gergasi Merah menang 4-1 untuk melangkah ke final dengan bergaya selepas merakam keputusan agregat 6-4.