KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menetapkan waktu bekerja bagi penjawat awam Negeri Pahang pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan berakhir lebih awal, iaitu pada jam 12.30 tengah hari.
Baginda bertitah, keputusan itu bertujuan memberi peluang kepada penjawat awam untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga serta memuliakan hari Jumaat, penghulu segala hari, dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.