SHAH ALAM – Pendekatan gaji minimum, gaji progresif dan langkah mewajibkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua tenaga kerja merupakan strategi secara tak langsung dalam mengurangkan bilangan pekerja asing di negara ini.
Pengarah Program MBA Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, syarat tersebut membolehkan syarikat mempertimbangkan langkah mendigital atau mengautomasi perniagaan dan menambah pekerja tempatan separa mahir sekali gus mengurangkan bilangan pekerja asing.