KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan wajar melibatkan pemain dalam industri vape sebelum melaksanakan sebarang peraturan mengenai rokok elektronik itu.
Ini berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan baru-baru ini bahawa Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya pada bulan Oktober ini.