NAMA Vivy Yusof bukan asing lagi dalam dunia keusahawanan dan gaya hidup. Namun, ramai juga mengenalinya sebagai blogger generasi awal menerusi blog popularnya, Proudduck, yang aktif sekitar dua dekad lalu ketika masih menuntut di London School of Economics (LSE).
Kini, selepas lebih 20 tahun, Vivy membuat kejutan dengan kembalinya ke dunia penulisan peribadi melalui blog baharu yang dinamakan ‘Sincerely, Vivy’ tetapi kali ini dengan pendekatan lebih eksklusif!