KUALA LUMPUR – Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar didakwa lagi atas satu pertuduhan pilihan, menyalahgunakan dana Khazanah dan PNB milik Fashion Valet Sdn Bhd berjumlah RM8 juta, tujuh tahun lalu.
Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.