Vivo Malaysia dalam diam dilihat mula menyenaraikan peranti baharu Y03t melalui laman web rasmi. Ia menawarkan spesifikasi kelas asas dengan fokus terhadap penggunaan harian biasa. Anda yang berminat boleh mendapatkannya pada RM399 dengan pilihan warna Gem Green dan Space Black.
Untuk spesifikasi peranti menggunakan skrin LCD sebesar 6.56″ dengan resolusi HD+. Ia dipadankan juga dengan cip Unisoc T612, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 15W. Turut disertakan adalah kamera utama 13MP + 0.08MP dan swafoto sebesar 5MP sebagai pelengkap peranti ini.