NIBONG TEBAL – Polis mengesahkan video membabitkan seorang pelajar dibuli rakan-rakannya yang tular pada Isnin, berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah SPS, Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar ketika dihubungi Bernama pada Isnin berkata, kejadian terbabit berlaku pada pertengahan tahun lepas.